Monday, February 2, 2015

Aiskrim Sedap Gilossss

:: Assalamualaikum ::

Semalam rasa macam teringin sangat nak makan aiskrim. Aku ni memang jenis yang suka sangat makan aiskrim. Makan sikit-sikit mana puas. Better buat sendiri dapat makan banyak sikit. Barang-barang pun semua dah ada. So, apa lagi petang semalam terus keluarkan semua bahan-bahan. Dalam kepala ni dah plan dah perisa apa yang nak dibuat. Huhu..

Aku plan nak buat perisa bandung+coklat dan keladi. Korang dah pernah cuba buat aiskrim sendiri? Aku sebenarnya dah pernah buat tapi baru kali ni dapat share dengan korang. Mana tahu lepas korang tengok aiskrim aku ni, terus terliur dan bersemangat nak buat sendiri. Muahahah..Buat sendiri lebih puas, berbaloi dan bermakna kan. Selain itu, dapat jugak tunjuk bakat kan. Haha. Mudah je sebenarnya nak buat aiskrim ni. Rasa dia memang la tak sebijik macam yang dijual tapi aku rasa yang buat sendiri lebih sedap. Lagipun kita tak tahu bahan apa yang digunakan dalam aiskrim yang dijual tu kan. Jadi, aku rasa better buat sendiri. Lebih terjamin bersih dan halal.

Sebelum bagi resepi, aku nak tunjuk dulu aiskrim yang aku buat. Memang super duper sedap. tak tipu ok. kalau tak percaya, korang try la buat dulu. Mana tahu kot lepas rasa sekali dah jadi ketagih. Haha. Macam dadah pulak.


TADAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!! 
inilah dia hasilnya..
Terliur tak uollllssss?? Hehe
Ni belum keras lagi. Nanti dah keras baru boleh makan. 


Hari ni dah boleh makan tapi aku tak sempat nak snap gambar. Sekejap je dah licin dibalun oleh adik-adik aku yang sememangnya pantang nampak aiskrim. Memang tak lekat lama la kat dalam peti tu. Nampaknya nanti kena buat lebih banyak lagi. ^^


RESEPI

Bahan-bahan:
1 biji putih telur
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovalette
Perisa (ikut suka hati korang)

Cara membuat:
Masukkan semua bahan sekaligus. Kemudian putar guna mixer hingga kembang (pekat). 
Simpan dalam peti. Nanti dah keras boleh la makan. 



SELAMAT MENCUBA!!!
^,^


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

3 comments:

BudakVanilla said...

wahhh. .boleh cuba nie. .nampak sedap sangat. . :D

Lily said...

@BudakVanilla Hehe.. try la buat awak. Senang je. confirm sedap n puas hati. ^^

Nooriah Abdullah said...

kaknoor singgah follow terliur tengok aiskrim ni macam best je kan

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily