Monday, May 30, 2016

Fesyen Kurung Pahang Moden


Umum mengetahui bahawa koleksi baju kurung kedah adalah jenis baju kurung yang paling selesa dipakai dimana ia direka tanpa pasak dan berpotongan lebih lebar daripada jenis baju kurung yang lain. Tidak hairanlah jika koleksi baju kurung ini sering menjadi pilihan ramai wanita terutama sekali mereka yang mempunyai tubuh badan yang lebih berisi. Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, koleksi baju kurung Pahang moden sekali lagi menjadi pilihan ramai wanita untuk tampil bergaya dan berikut merupakan beberapa koleksi terkini hasil rekaan pereka-pereka fesyen terkenal tanah air kita;
Rizalman
Nama yang cukup gah dalam industri fesyen tempatan, Rizalman membawakan aneka pilihan baju kurung moden dan tidak terkecuali koleksi baju kurung Pahang moden untuk tatapan para penggemar khusus Raya ini.

Jovian Mandagie
Nama yang juga tidak asing dikalangan para penggemar fesyen di Malaysia, Indonesia dan Singapura ini juga tidak ketinggalan dalam menawarkan koleksi baju raya yang cukup menawan dan trendy pada tahun ini.

Bella Ammara
Mungkin masih baru dalam dunia fesyen, namun tidak dinafikan bahawa Bella Ammara kini berdiri setanding dengan jenama-jenama pakaian Muslimah hebat yang lain. Tahun ini juga menyaksikan aneka koleksi baju kurung dan jubah moden keluaran Bella Ammara.

Syaiful Baharim
Sentuhan eksklusif Syaiful Baharim tidak pernah mengecewakan para penggemar fesyen tanah air. Beliau sentiasa menghasilkan koleksi pakaian yang benar-benar berkualiti dan bercitarasa tinggi.


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily