Thursday, September 17, 2015

TUDUNG TERBARU ZALORA

::Assalamualaikum::

Tudung merupakan suatu yang penting bagi seorang wanita muslimah bagi memenuhi tuntutan menutup aurat. Sesuai dengan arus pemodenan, pelbagai jenis dan fesyen telah direka dan diperkenalkan. Fesyen-fesyen moden ini sering digayakan oleh artis-artis tempatan yang berhijab. Apakah fesyen tudung yang korang minati? Setiap orang mempunyai fesyen tudung yang digayakan mengikut keselesaan masing-masing.


Sebelum Lily berkongsi dengan lebih lanjut mengenai fesyen tudung terbaru 2015, mari kita recall semula jenis-jenis atau fesyen-fesyen tudung yang pernah popular sepanjang tahun-tahun yang lepas. Semua bersetuju bahawa tudung bawal merupakan jenis tudung yang paling popular suatu ketika dahulu dan pelbagai rekaan tudung bawal yang masih boleh kita temui di pasaran sehingga hari ini. Antaranya ialah tudung bawal batu, tudung bawal cotton, tudung bawal satin, tudung bawal ombre, dan bermacam-macam lagi jenis tudung bawal. 

Kemudian diikuti pula dengan fesyen shawl cotton atau wide shawl. Ada yang tidak bercorak dan ada juga yang bercorak. Dan jenis fesyen tudung ketiga yang juga menjadi pilihan ramai wanita adalah tudung jenis express hijab atau tudung sarung. Tudung sarung dilihat lebih sering digunakan kerana ianya lebih mudah dipakai dan cepat andai anda kesuntukan masa terutama ketika ingin pergi ke sesuatu tempat dengan kadar segera ataupun ketika kecemasan. 


Now, move to fesyen tudung terbaru untuk tahun 2015:



1. Tudung Hood
Tudung hood dengan inner ini merupakan fesyen tudung yang evergreen atau dengan kata lain, diminati sepanjang zaman. Wanita zaman sekarang lebih berminat untuk memakai tudung yang praktikal dan simple. Cantik kan? Walaupun simple, namun andai pandai digayakan pasti kelihatan cantik. 




2. Instant Shawl
Fesyen tudung yang paling digemari dan menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini adalah jenis instant shawl. Apa yang menarik mengenai tudung ini adalah, ia amat mudah dipakai dan tidak memerlukan sebarang brooch atau pin tudung.




3. Shawl
Dan fesyen tudung yang ketiga pula adalah tudung shawl. Untuk tudung jenis ini, ia terpulang kepada si pemakai untuk menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan lilitan tudung yang unik dan menawan. Tambahan pula kini terdapat pelbagai tutorial shawl di youtube. Jadi, bagi yang tidak tahu bagaimana cara untuk menggayakan shawl boleh la rujuk tutorial tersebut.



Cantik-cantik kan semua tudung-tudung terbaru Zalora. Harga pun berpatutan sesuai dengan kualiti kainnya. Jadi tunggu apa lagi. marilah kita membeli belah di Zalora. Tambahan pula kini terdapat perkhidmatan jualan secara online  memudahkan lagi untuk kita membeli belah serta up-to-date dengan fesyen-fesyen tudung terkini. Bagi yang bekerjaya dan tidak punya masa untuk keluar membeli belah bolehlah membeli belah di Zalora secara online. Mudah bukan??

Apa lagi, jom online shopping di Zalora. Klik sahaja link yang tertera di atas. 
Selamat bershopping secara online!!!


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily