Tuesday, September 15, 2015

JEREBU: Sekolah Diarah Tutup

::Assalamualaikum::




Berikutan masalah jerebu yang melanda negara, banyak sekolah-sekolah telah diarahkan tutup. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada hari Selasa (hari ini) ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya dengan Banting kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan IPU 207.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah hanya akan ditutup apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

PIBG meminta kadar IPU bagi sekolah-sekolah ditutup diturunkan kepada 150 daripada 200 kerana keadaan berjerebu telah menjejaskan tahap kesihatan murid.


Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my.

.........................................................................................................................

Jerebu memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan. Antaranya ialan selesema, sakit tekak, batuk, iritasi mata, radang paru-paru, asma dan sebagainya. Jadi, untuk mengelakkan dan mengurangkan komplikasi tersebut, orang ramai digalakkan mengambil tindakan seperti yang tertera di bawah sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sumber gambar: Google


Sumber rujukan artikel: AWANI (http://www.astroawani.com/)


Thanks Sudi Baca. Like Kalau Suka Ok ^_^

No comments:

Sila like fan page ini, info untuk anda

Tutorial By | bakul2011

 
COPYRIGHT@ All Right Reserved to Bicara Lily. Design by Lily